Wednesday, June 10, 2009

makkk..sy mau niii...


teTibe terasa nk mkn kek coklat.waaaaa...bestnyerrrrr
nyum2...mak,sy nk kek coklt..xleh sepotong,sebijik pn xper...hehe...
slalunye dpt mkn klau bestfren ak bwt..ak taw mkn jerk..haha..

kt bwh ni ak ltk resepi kek coklat
kepada sesape yg rajin,cbe la..
6ti jgn lpe hulur sket..hihi

Bahan2nya:

* 2 cawan tepong gandum
* 2 sudu kfc baking powder
* 1 sudu kfc soda bikarbonate
*1 cawan coco
* 1 cawan susu pekat manis
* 1 cawan air

* 1 cawan minyak masak
* 2 biji telor
* 1 cawan gula pasir


Cara2nya: Pukul telor, gula, minyak, air....... dalam bekas lain kita campurkan tepong, coklat, soda bicarbonate dan baking powder. (Masukkan bahan2 ni ke dalam bahan yang sudah di pukul tadi) Pukul2 sebati masukkan loyang dan kukus kek ini. Nak cantik cairkan coklat dan butter buat toping dan bubuh bunga sikit dan bubuh lilin.

nyum3....bestnye...



10 Cara membina motivasi Diri

1. Perbaiki imej anda Cuba lakukan sedikit perubahan

Kalau selama ini anda tidak kisah kalau seluar yang dipakai sehingga seminggu dan tidak bergosok, cuba kali ini menukarnya selalu dan pelbagaikan warnanya. Jika anda wanita, tukar imej kusam kepada kemas. Elegan dan aktif. Perkemaskan juga wajah anda denga sedikit solekan ringan. Kenakan warna-warna ceria pada tubuh anda; pada baju dan tudung. Hiasi jari dengan sebentuk cincin untuk menambah seri. Jangan terlalu pendiam, tetapi jangan pula terlalu bising. Bersikap sederhana dan ringankan mulut jika orang meminta pendapat.

2. Lakukan senaman ringan

3. Senyum Senyum boleh mengubah segala-galanya.
Hadiahkanlah senyuman kepada seseorang, anda akan mendapat senyumannya balik.



4. Berfikiran positif
Berfikiran positif membolehkan minda anda mengeluarkan arus alpha iaitu arus kecemerlangan untuk membina kejayaan. Berfikiran positif juga membuatkan perkara yang sukar menjadi senang, masalah bertukar menjadi peluang, masa depan kelihatan lebih cerah dan insyaAllah rezeki pun akan meluas. Fikiran-fikiran positif itu adalah doa berpanjangan yang kita panjatkan. Selama kita berfikiran positif, selama itulah menjadi satu pengharapan yang amat besar terhadap ALLAH.


5. Dapatkan tidur yang mencukupi
Rungsing dan marah-marah kadangkala disebabkan keletihan akibat tidak mendapat rehat yang mencukupi. Tidur yang tidak mencukupi akan mencetuskan arus theta atau arus delta, dua arus kemunduran.

6. Luahkan pada seseorang
Anda memerlukan seorang sahabat ketika anda berasa tidak stabil seperti ini, bahkan dalam suasana yang biasa pun anda memerlukan seorang sahabat.

7. Curahkan di atas kertas
Curahkan semua yang merunsingkan fikiran anda itu ke atas kertas. Curahkan segala-galanya tanpa tertinggal satu pun. Kemudian bakar dan hanyutkan ke sungai. Terasa lega.

8. Bersedia untuk berubah
Jangan teragak-agak untuk melakukan perubahan. Jika orang lain boleh, mengapa anda tidak? Apa istimewanya orang lain, sedang anda juga makhluk ALLAH yang dikurniakan dengan pelbagai kelebihan dan keistimewaan tertentu.

9. Cari kegemaran baru
Sesetengah daripada kesukaan kita akan sampai kepada penghujungnya. Hobi juga begitu. Maka apabila anda mula merasakan hidup ini mulai kosong carilah kegemaran-kegemaran baru. Tidak salah bermain game misalnya, untuk melihat adakah minat anda boleh tumbuh di sini.

10. Bertegaslah
Bertegaslah dengan diri anda sendiri. Apabila anda mengambil satu-satu keputusan anda berpegang teguh pada keputusan itu dengan meletakkan sepenuh kepercayaan bahawa anda akan berjaya.


p/s Selamat beramal & smga berjaya... :p